Terdapat 1906 berita berdasarkan kata kunci carian "projek"

Paramount Sasar Jualan Hartanah RM1.2 Bilion Pada 2026

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd (Paramount) menyasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.2 bilion tahun ini, disokong oleh pelancaran baharu, penambahan tanah secara aktif dan strategi untuk mengukuhkan keuntungan dalam jangka masa panjang. 

Cyberview Tampil 23 Syarikat Pemula Niaga Berimpak Tinggi Di Pameran Penyelesaian CLLA Kohort 21

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd menampilkan 23 syarikat pemula niaga berimpak tinggi di Pameran Penyelesaian Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) Kohort 21, sekali gus mengukuhkan peranan program itu dalam mempercepatkan fasa pengesahan kepada fasa pengkomersialan syarikat pemula niaga.

Projek Solar, Angin Gamuda Di Tasmania Dipilih Di Bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi unitnya, Gamuda Renewable Pty Ltd (Gamuda Renewables), terpilih di bawah Skim Pelaburan Kapasiti Australia menerusi dua projeknya di Tasmania.

Johor Muncul Sebagai Hab Alternatif Pusat Data Cekap Kos Berbanding Singapura - Moody’s

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia, terutamanya Johor, meletakkan dirinya sebagai alternatif yang cekap kos berbanding Singapura untuk pelaburan pusat data, hasil daripada tanah luas yang banyak, ketersediaan infrastruktur tenaga dan insentif pelaburan yang menarik.

Misi Perak Ke China Buka Komitmen Pelaburan Bernilai Lebih RM1.6 Bilion - Saarani

IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.

SC Lancar Platform Bursa Sosial, Perkukuh Akauntabiliti Sumbangan Untuk Sektor Sosial

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) — Pelancaran platform Bursa Sosial oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mampu menangani kebimbangan awam terhadap aspek berkaitan pengumpulan dana kebajikan selain menyokong impak sosial secara lebih teratur dan berlandaskan akauntabiliti.

Strarion Advisory 'Jambatan' Pasaran Rusia-CIS, Serlah Malaysia Sebagai Gerbang ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sebuah firma strategik Malaysian kini menjadi penghubung antara Malaysia dan pasaran Rusia-Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), bertujuan membuka peluang pelaburan rentas sempadan sambil memperkukuh peranan Malaysia sebagai gerbang strategik ke Asia Tenggara.

Malaysia Berpotensi Terajui Pembangunan Grid Tenaga ASEAN - TNB

Oleh Wan Muhammad Aslah Wan Razali

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk menerajui pembangunan tenaga pintar dan lestari di rantau ASEAN khususnya menerusi usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Ketua Pegawai Kanan Strategi, Regulatori dan Kelestarian Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Muhamad Nazri Pazil.

Mahsuri Food Lancar Kemudahan Pengeluaran Canggih Di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pengeluar sos dan perencah halal tempatan, Mahsuri Food Sdn Bhd melancarkan kemudahan pengeluaran canggih di Seremban, Negeri Sembilan, yang turut mencerminkan usaha syarikat mengembangkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran.

Johor Super Lane Singkatkan Garis Masa Projek, Sokong Sasaran Pelaburan RM140 Bilion

Oleh Mohamad Syazwan Mustafa

JOHOR BAHRU, 22 Mei (Bernama) -- Inisiatif Johor Super Lane (JSL), mekanisme laluan pantas yang berjaya mengurangkan tempoh pengoperasian projek industri kepada hanya 11 bulan, dijangka menjadi antara tunjang utama kerajaan negeri dalam mencapai sasaran pelaburan RM140 bilion tahun ini.

Ningbo Fresh Technology Tingkat Pelaburan Di Tanjong Malim Bernilai RM263 Juta

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Ningbo Fresh Technology Co. Ltd dari Shanghai bakal meningkatkan pelaburan bernilai RM263 juta di Tanjung Malim Hi-Tech Park sekali gus memperkukuh ekosistem industri automotif negara.