19hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dengan indeks penanda aras susut 0.86 peratus berikutan kebimbangan terhadap ketegangan yang memuncak di Asia Barat meningkat.
20hari ago
Oleh Siti Raziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang bakal berlangsung akan menjadi platform utama untuk memacu kecerdasan buatan (AI) sebagai medan baharu inovasi, sekali gus menggerakkan fasa seterusnya peralihan tenaga Malaysia.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan sentimen terjejas oleh peningkatan ketegangan di Asia Barat serta ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
21hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan Malaysia, dengan meninggalkan legasi berkekalan membabitkan pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian logistik yang terus menyokong daya saing negara, kata pemain industri.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Affin Bank Bhd menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Pheim Asset Management Sdn Bhd (Pheim AM) pada harga RM50 juta.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- MyDIGITAL Corporation akan bekerjasama dengan Oracle bagi melatih 300,000 rakyat Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kebolehpasaran dan menyokong perkembangan kerjaya menjelang 2029.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pemegang saham UEM Edgenta Berhad hari ini meluluskan cadangan pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik (SCR), sekali gus membuka peluang bagi UEM Group Berhad untuk meningkatkan pegangan semasa sebanyak 69.14 peratus dalam syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu kepada 100 peratus.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara aliran tunai operasi.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Peraturan harga minyak terkini di Jerman berpotensi membentuk semula corak permintaan automotif dengan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), di samping menimbulkan kebimbangan yang lebih meluas mengenai inflasi dan tekanan kos di Eropah.
24hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.