8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.65 trilion atau bersamaan dengan 84.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir Mac 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membelanjakan RM44.83 juta untuk melaksanakan 131 projek pembaikan jalan ladang di Sabah dan Sarawak dari 2022 hingga 30 Jun 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah memberi maanfaat kepada 239,053 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM523.4 juta sejak pelaksanaannya dari September 2015 hingga 30 Jun 2025, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.
9bulan ago
Oleh Nurfardlina Izzati Moktar
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri minyak sawit pada Khamis ini bagi membincangkan pelbagai kekeliruan berkenaan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terutama dari segi tafsiran produk akhir.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan komitmen RM200 juta selama lima tahun sehingga 2030 di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti” (KBJK) dalam usaha memajukan pelanggan dan masyarakat.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diadakan di sini, hari ini, disertai kementerian berkaitan dan pakar teknikal untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan kesediaan data terhadap pematuhan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih akses pasaran pilihan dan diiktiraf bagi minyak sawit lestarinya susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (MEEPA) pada 23 Jun lepas.
9bulan ago
KOTA BHARU, 21 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera dengan giat meneroka pasaran baharu melibatkan negara yang belum pernah membeli minyak sawit Malaysia sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pasaran utama sedia ada yang terjejas berikutan konflik geopolitik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pelancaran Karnival Bank Simpanan Nasional (BSN) Mikro MADANI Zon Pantai Timur di Pasar Payang, Kuala Terengganu merupakan satu inisiatif inklusif dan berfokus komuniti yang bertujuan memperkasa usahawan mikro serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.
11bulan ago
MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor sawit Malaysia.