BERITA TERKINI   Malaysia belum terima maklumat mengenai laporan yang mendakwa Jho Low menetap di China- PM Anwar | 

Terdapat 737 berita berdasarkan kata kunci carian " penggunaan"

Permintaan Terhadap LPG Di Asia Tenggara Dijangka Meningkat 2.0 Peratus - BMI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di Asia Tenggara dijangka meningkat pada kadar purata 2.0 peratus setahun dari 2023 hingga 2033, menurut BMI, unit Kumpulan Fitch.

Maxis, Ambank Tingkat Kerjasama Pacu Transformasi Digital Dalam Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Maxis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan AmBank (Ambank) bagi memacu transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.

Belanjawan 2025 Akan Rangsang Pelaburan Tambahan Di Malaysia - Alliance Bank

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan merangsang pelaburan tambahan di Malaysia dan membuktikan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh asas ekonomi negara, menurut Alliance Bank Malaysia Bhd.

Malaysia Bakal Raih Manfaat Ekonomi Sebagai Negara Rakan BRICS - Ahli Akademik

Oleh Abdul Hamid A. Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengiktirafan Malaysia sebagai satu daripada 13 negara yang secara rasmi menganggotai BRICS sebagai negara rakan memberikan peluang ekonomi yang ketara, membuka akses kepada perdagangan, pelaburan dan kerjasama dengan pasaran sedang pesat membangun terbesar di dunia termasuk Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.

AS Minat Jalin Perkongsian Perubahan Iklim Dengan Malaysia, Tumpu Bahan Api Penerbangan Mampan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) berminat untuk meneroka perkongsian perubahan iklim dengan Malaysia, menumpukan kepada bahan api penerbangan mampan (SAF).

PMKS Malaysia Harus Diperkasakan Dengan AI, Teknologi Digital – Gobind

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu diperkasakan agar dapat memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital, menurut Kementerian Digital.

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Kerajaan Garis 11 Sektor Berpotensi, Termasuk HGHV Untuk Bumiputera

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan telah menggariskan 11 sektor berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan bumiputera, termasuk industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), kata Kementerian Ekonomi.

Prospek Ekonomi Malaysia 2025 Agak Optimis Di Sebalik Cabaran Dasar – MIER

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia untuk 2025 kelihatan optimis dengan kombinasi peluang dan cabaran di hadapan, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Kerajaan Akan Terus Tumpu Usaha Tingkat Penggunaan Ringgit Bagi Penyelesaian Antarabangsa - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian antarabangsa dan menambah baik mekanisme sedia ada dengan negara strategi dari semasa ke semasa.

Pinjaman Berkaitan Kemampanan CapitaLand Malaysia Trust Berjumlah RM752 Juta Setakat Ini

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Amanah pelaburan hartanah (REIT), CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) setakat ini meraih pinjaman berkaitan kemampanan berjumlah RM752 juta.