Terdapat 74 berita berdasarkan kata kunci carian " dividen interim"

Untung Bersih VS Industry Susut Kepada RM30.6 Juta Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik bersepadu VS Industry Bhd (VS Industry) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM30.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt 2024 daripada RM48.98 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.

AMMB Catat Peningkatan Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM500.57 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM500.57 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM469.78 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

KPJ Healthcare Catat Sejarah Perolehan Tertinggi Lepasi RM1 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatat sejarah dengan merekodkan perolehan suku tahunan tertinggi iaitu sebanyak RM1.032 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024.

Keuntungan Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM335.13 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (PetDag) naik kepada RM335.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM184.72 juta dalam tempoh sama pada 2023 dipacu oleh margin kukuh.

Hibiscus Petroleum Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM75.60 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024, susut kepada RM75.60 juta daripada RM154.30 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

CelcomDigi Catat Untung Bersih Rendah Sedikit Kepada RM436.98 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sedikit kepada RM436.98 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) berbanding RM455.72 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Keuntungan Bersih Keyfield Naik Kepada RM81.1 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keyfield International Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM81.12 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM45.78 juta pada suku sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Ketiga MISC Susut Kepada RM338.90 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd susut kepada RM338.90 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM430.40 juta pada suku ketiga 2023.

Untung Bersih Suku Ketiga Johor Plantations Naik Kepada RM77.11 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM77.11 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) daripada RM68.28 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Nestle Jatuh 36.1 Peratus Kepada RM85.41 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd mencatatkan penyusutan sebanyak 36.1 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM85.41 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (S3 2024) daripada RM133.70 juta pada suku ketiga 2023.

Untung Bersih Yinson Turun Kepada RM203 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd (Yinson) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM203 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai, 2024 berbanding RM230 juta yang dicapai pada suku sama tahun kewangan 2024.