Terdapat 1265 berita berdasarkan kata kunci carian " dolar"

Harga Emas Kekal Kukuh, Namun Belum Atasi Paras Sasaran US$5,000 Setiap Auns Troy

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pada Mac lepas, Bernama melaporkan bahawa harga emas berpotensi melonjak menghampiri paras US$5,000 bagi setiap auns troy, dan ternyata logam berharga itu sebenarnya sudah pun memecahkan rekod pada kadar yang tidak dijangka.

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat FOMC Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berikutan Peniaga Menanti Keputusan FOMC

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

ASEAN Perlu Perkukuh Dagangan Intra-Serantau Untuk Kekal Kompetitif - Menteri Luar Singapura

Daripada Hasnah Jusid

SINGAPURA, 29 Nov (Bernama) -- ASEAN perlu mengukuhkan perdagangan intra-serantau selain bertindak meningkatkan kesalinghubungan ekonomi agar seiringan dengan kepesatan perubahan landskap global, kata Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Ringgit Dijangka Terus Meningkat Pada 4.12-4.14 Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh, diniagakan dalam julat 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember ini.

Kesejahteraan Lebih Baik Dengan Penggunaan Tenaga Bijak: Skim Masa Penggunaan Terus Pacu Penjimatan Pelanggan Dalam Prestasi Suku Ketiga TNB 2025

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan negara dengan memberi penekanan kepada usaha pemerkasaan pelanggan, sokongan komuniti dan kelestarian bekalan tenaga untuk jangka panjang.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Nov  (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, disokong oleh keyakinan berterusan terhadap potensi perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS) dan sentimen yang lebih baik terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Didorong Optimisme Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila cakap-cakap mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah di AS semakin mendapat perhatian.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Prestasi Lemah Dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan prestasi mata wang Amerika Syarikat (AS) itu menjejaki Indeks Dolar AS, yang kekal di bawah paras 100 mata.

Niaga Hadapan Emas Terus Mengukuh Didorong Data AS Yang Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mengukuh untuk ditutup tinggi pada Rabu, disokong data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan penurunan keyakinan pengguna AS.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Akhiri Kenaikan Kukuh Selama Tiga Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung oleh pelabur.