BERITA TERKINI   Sekurang-kurangnya tiga rentung dalam kebakaran sebuah kilang pemprosesan minyak di Olak Lempit, Banting - Bomba | 

Terdapat 958 berita berdasarkan kata kunci carian " sumber"

PIDM Lantik Abu Huraira Abu Yazid Sebagai Pengerusi Berkuat Kuasa 15 November

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Nov 2025 bagi menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang bersara.

Kerjasama Sarawak-UBC Buka Lembaran Baharu Perlombongan Hijau

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Sektor kuari dan perlombongan hijau Sarawak melakar satu pencapaian baharu susulan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri dengan University of British Columbia (UBC), Kanada.

China Gesa ASEAN Tumpu Sektor Pembuatan Bagi Tingkat Daya Saing Di Peringkat Global

BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie. 

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM3.23 Bilion

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri bagi tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

BNM Optimis Malaysia Terus Terima Aliran Masuk FDI Pada 2026 

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) optimis Malaysia akan terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil pada 2026.

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Kerajaan Laksana Moratorium Eksport Mentah REE Sokong Pembangunan Industri

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.

Senarai Penting, Insentif Penyetempatan Untuk Sokong Vendor Automotif Tempatan Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi -Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan senarai penting dan insentif penyetempatan untuk memperkukuh rantaian bekalan automotif domestik dan memperluas peluang eksport bagi menyokong vendor tempatan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Simpanan Patuh Syariah KWSP Bersihkan Pendapatan, Dividen Kekal Kompetitif

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Simpanan patuh syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja membersihkan pendapatan, malah memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan tidak merugikan pencarum. 

Banci Ekonomi 2026 Ukur Kesiapsiagaan Teknologi Dan Daya Saing PKS - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Banci Ekonomi 2026 (BE2026) akan menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi penggunaan teknologi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Malaysia, Indonesia, India Bakal Terajui Pertumbuhan Pusat Data Asia -- BMI

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengembangan pusat data Asia akan meningkatkan permintaan terhadap kuasa dengan ketara sehingga 2028, dengan Malaysia, Indonesia dan India dikenal pasti sebagai pasaran pertumbuhan utama di rantau ini, kata BMI, iaitu unit Fitch Solutions.

Petronas Teroka Pasaran Guyana Menerusi Blok S4

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) melalui anak syarikat milik penuhnya, Petronas Energy Guyana Sdn Bhd menandatangani perjanjian petroleum (PA) bagi Blok S4 yang terletak di kawasan perairan Guyana.