13jam ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Sunsuria Bhd selesai mengambil alih kepentingan ekuiti tambahan sebanyak 41.00 peratus dalam KL City Gateway Sdn Bhd (KLCG) sekali gus meningkatkan pegangan sahamnya daripada 20 peratus kepada 61 peratus.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri perbankan Islam Malaysia kekal berdaya tahan, disokong oleh kedudukan modal dan kecairan yang kukuh, meskipun wujud ketidaktentuan di Asia Barat, menurut Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).
6hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Industri takaful mencapai 60 peratus daripada sasaran bagi kerangka Hijrah27 dan berada di landasan untuk penyelesaian sepenuhnya menjelang 2027, menurut Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
8hari ago
SHAH ALAM, 6 April (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini memeterai memorandum kolaborasi (MoC) bagi merancakkan pembangunan industri berteknologi tinggi serta menarik pelaburan strategik di Selangor.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Reneuco Bhd berdepan risiko penggantungan dan seterusnya penyahsenaraian selepas Bursa Malaysia Securities Bhd menolak permohonan lanjutan masa bagi syarikat itu mengemukakan pelan regularisasinya.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang meningkatkan usaha bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala negara ini dengan Uzbekistan, sekali gus menjadikan Asia Tengah sebagai pintu masuk strategik ke pasaran serantau yang lebih meluas.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pembiayaan pemegang saham daripada Khazanah Nasional Bhd tahun ini bagi menyokong komitmen pengembangan dan penyelenggaraan kumpulan pesawatnya walaupun terdapat peningkatan ketara aliran tunai operasi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysia Aviation Group (MAG) melonjak kepada RM137 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, meningkat lebih dua kali ganda daripada RM54 juta pada 2024.
13hari ago
PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) – Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.