BERITA TERKINI   Kerajaan perkukuh usaha banteras ketirisan, penyeludupan melalui pengaktifan Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan - TPM Fadillah | Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | 

Terdapat 115 berita berdasarkan kata kunci carian " lesen"

Suruhanjaya Tenaga Semak Semula Beberapa Rangka Kerja Undang-undang, Peraturan

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) – Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menyemak semula beberapa rangka kerja undang-undang dan peraturan termasuk mekanisme bagi perdagangan elektrik rentas sempadan, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyokong kestabilan sektor tenaga dan pertumbuhan mampan.

MACPMA, Perodua Sokong Pendirian MITI Selaras Pelaburan Automotif Dengan Objektif Negara

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) --  Persatuan Pengeluar Peralatan Komponen Automotif Malaysia (MACPMA) menyokong pendirian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bahawa insentif pelaburan automotif serta lesen pembuatan perlu diselaraskan dengan objektif pembangunan negara.

Airwallex Peroleh Kelulusan BNM Bagi E-wang, Lesen Kelas A Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Platform kewangan dan pembayaran global terkemuka, Airwallex menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi penerbitan e-wang dan lesen Kelas A, yang akan menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan pembayaran di Malaysia.

Penyelarasan Sementara Kuota BUDI95: Langkah Munasabah Kurangkan Perbelanjaan Kerajaan

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kuota subsidi bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada 200 liter daripada 300 liter sebulan yang akan dilaksanakan pada April wajar diterima dengan hati terbuka serta rasional oleh rakyat Malaysia.

Penggunaan 'BNPL' Dalam Kalangan Belia Malaysia Bawah 30 Tahun Membimbangkan - Liew

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Penggunaan kemudahan pembayaran “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (Buy Now, Pay Later- BNPL) dalam kalangan belia Malaysia menimbulkan kebimbangan apabila golongan berumur 30 tahun ke bawah menyumbang kira-kira 40 peratus daripada semua transaksi BNPL di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Unit West River Peroleh 95 Peratus Kepentingan Dalam Ace Hydropower

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung West River Bhd, iaitu Neutron Power Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) untuk memperoleh 95 peratus kepentingan ekuiti dalam Ace Hydropower Sdn Bhd dengan harga tunai RM850,000. 

Komitmen Kepastian Perlesenan, MoU Mineral Kritikal Tidak Jejas Syarat Teknikal Ke Atas Lynas - MITI

KUALA LUMPUR, Mac 4 (Bernama) -- Komitmen Malaysia berkaitan Kepastian Perlesenan yang termaktub dalam Kenyataan Bersama Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) (Artikel 5.2) dan Memorandum Persefahaman (MoU) Mineral Kritikal (Seksyen 3, Kawasan Kerjasama) tidak menjejaskan keputusan kerajaan untuk menguatkuasakan syarat teknikal ke atas Lynas Malaysia atau syarikat unsur nadir bumi (REE) lain yang bakal diluluskan pengoperasiannya di Malaysia.

Pemberi Kredit Dan Penyedia Perkhidmatan Kredit Wajib Lesen Dan Daftar SKP - MOF

PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Pemberi kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu memperoleh lesen serta berdaftar dengan Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP), berkuat kuasa mulai 1 Jun ini, selaras dengan penguatkuasaan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873/AKP).

Kelulusan Pembaharuan Lesen Lynas Diberikan Jabatan Tenaga Atom - Chang

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kelulusan memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, berkuat kuasa esok, diberikan oleh Jabatan Tenaga Atom di bawah Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang.

Lesen Operasi Lynas Malaysia Diperbaharui 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Malaysia memperbaharui lesen operasi Lynas Malaysia selama 10 tahun, berkuat kuasa esok.

XTransfer Dapat Kelulusan BNM Untuk Lesen Pembayaran Utama

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Platform pembayaran perdagangan rentas sempadan perniagaan ke perniagaan, XTransfer telah menerima kelulusan bersyarat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk lesen pembayaran utama seperti pengeluaran wang elektronik dan lesen perkhidmatan kewangan (Kelas A) meliputi pengiriman serta pertukaran mata wang.

BNM Kenakan Penalti Ke Atas 13 Pemegang Lesen Perniagaan Perkhidmatan Wang

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum antara Julai 2025 hingga Disember 2025.