4jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mengemukakan program nota jangka sederhana Islam (sukuk wakalah) dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
6jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Peraturan harga minyak terkini di Jerman berpotensi membentuk semula corak permintaan automotif dengan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), di samping menimbulkan kebimbangan yang lebih meluas mengenai inflasi dan tekanan kos di Eropah.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan kadar asas pasaran tunai.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 1April (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus menambahbaik infrastruktur teknologinya, kawalan keselamatan siber, dan proses operasi bagi memperkukuh daya tahan sistem serta melindungi maklumat pelanggan.
6jam ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
7jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhan awal untuk ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong sentimen optimis kalangan peniaga pasaran susulan isyarat kemungkinan perang AS-Iran bakal berakhir.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia kekal kukuh, berdaya tahan dan komited untuk menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan global termasuk perkembangan di Asia Barat, menurut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM).
7jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan baharu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai potensi pelan keluar daripada konflik Asia Barat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kata peniaga.
7jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keterjaminan bekalan domestik selain mempercepat usaha meningkatkan pengeluaran minyak mentah.
8jam ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan maklumat pelanggan dan keselamatan siber pada 20 Januari 2026.