Usaha Sama Eni, Petronas Akan Lancar Lapan Projek Huluan Di Indonesia, Malaysia
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- NewCo yang baru ditubuhkan, iaitu usaha sama (JV) antara syarikat tenaga Itali Eni S.p.A danĀ Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dijangka melancarkan lapan projek huluan baharu di Indonesia dan Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai sebahagian pemacu pembangunan gas berskala besar di rantau ini.