Terdapat 297 berita berdasarkan kata kunci carian " pelarasan"

Penumpang AirAsia X Meningkat Kepada 18.9 Juta Dalam Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.

Bank Pembangunan Asia Unjur Ekonomi Malaysia Berkembang 4.6 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.

Kos Subsidi BUDI95 Melonjak, Semakan Kedudukan Kewangan Dilihat Wajar - Ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kerajaan mungkin perlu menyemak semula kedudukan kewangan dan peruntukan subsidi semasa sekiranya kos subsidi BUDI MADANI RON95 terus melonjak susulan tekanan krisis tenaga global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Niaga Hadapan MSM Akhiri Penurunan Tiga Hari Berturut-turut Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan harga selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian harga rendah dan pemulihan harga tenaga, kata seorang penganalisis.

BUDI95 Langkah Tepat Bagi pembaharuan Subsidi Bahan Api Bersasar Malaysia - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pembaharuan subsidi bahan api bersasar Malaysia mengikut inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah langkah yang tepat dalam situasi konflik Asia Barat apabila kerajaan berusaha mengurus tekanan fiskal dengan lebih baik.

Maybank Sedia Bantu Pelanggan Di Tengah-tengah Ketidaktentuan Geopolitik Semasa

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Maybank kekal bersedia menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi semasa dengan bantuan kewangan yang tersedia serta boleh diakses melalui pelbagai saluran.

AirAsia Tangguh Lindung Nilai Bahan Api, Fokus Kepada Peningkatan Permintaan

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — AirAsia tidak terlibat dalam lindung nilai bahan api walaupun merancang untuk berbuat demikian selepas kenaikan harga minyak dan kekangan kewangan menghalang keupayaan syarikat penerbangan itu untuk menjimatkan kos.

Krisis Tenaga Global: Kerajaan Ambil Langkah Berjaga-jaga Dalam Pelarasan Dasar Negara - PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara khususnya bagi menangani kesan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Jangkaan NFP Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Jumaat apabila pasaran bersedia untuk bacaan senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah, memberi tekanan kepada dolar AS dan menyokong mata wang serantau.

Harga Diesel Global Naik Susulan Kekangan Bekalan, Permintaan Yang Kukuh - Rystad Energy  

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.

Suruhanjaya Tenaga Akan Memastikan Bekalan Bahan Api Berterusan Untuk Penjanaan Elektrik

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengambil langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan, khususnya gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik, sambil memantau perkembangan di Asia Barat susulan konflik di rantau itu kini memasuki bulan kedua.

Kadar AFA Bagi April Diumum Dengan Rebat Elektrik Sedikit Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kadar Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bagi April, dengan pengguna bakal menerima rebat yang sedikit rendah kepada 0.47 sen bagi setiap kilowatt jam (kWj).