11jam ago
IPOH, 12 April (Bernama) -- GGR Motor Group (GGR Motor) menyasarkan jualan sekurang-kurangnya 3,000 unit motosikal elektrik (EV) sebulan sebagai sasaran minimum untuk tahun ini, sejajar dengan peningkatan kapasiti pengeluaran dan pengembangan rangkaian pengedaran.
1hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu hadapan, menjejaki niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah kebimbangan bekalan yang berterusan, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah setelah pasaran mencerna data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menunjukkan sentimen menurun.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2026 dan 4.5 peratus pada 2027.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor pembuatan Malaysia yang dijangka mencatat pertumbuhan 4.1 peratus pada 2026.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Harga minyak meningkat menghampiri US$100 setong dalam persekitaran ketidaktentuan yang berlarutan mengenai gencatan senjata Amerika Syarikat (AS)- Iran selama dua minggu dan penutupan semula Selat Hormuz oleh Iran susulan serangan Israel ke atas Lubnan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk 2026 kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus berdasarkan permintaan domestik yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonominya bagi Malaysia Dr Apurva Sanghi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengenalan B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit, berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif yang lebih kompetitif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Jun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepat peralihannya ke arah strategi tenaga jangka panjang yang lebih mampan, pelbagai dan cekap dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan sentimen berhati-hati apabila pelabur menunggu data unjuran pengeluaran minyak sawit daripada Persatuan Minyak Sawit Malaysia.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.