Terdapat 380 berita berdasarkan kata kunci carian " penjual"

Arka Jual 40 Peratus Kepentingan Dalam Enfrasys Solutions Pada Harga RM43 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Arka Bhd bercadang untuk menjual 40 peratus kepentingan dalam syarikat sekutunya, Enfrasys Solutions Sdn Bhd (ESSB), kepada Joy Jewel Sdn Bhd (JJSB) pada harga tunai RM43 juta.

Rozali Ismail Lepas Jawatan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Tan Sri Rozali Ismail akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) dan bersara sebagai pengarah syarikat berkuat kuasa 30 Jun 2026.

Unit Crescendo Jual Tanah Perindustrian Di Johor Bernilai RM346.5 Juta

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat Crescendo Corporation Bhd (CCB), Crescendo Development Sdn Bhd, menjual tanah perindustrian pegangan bebas kosong seluas 20.12 hektar di Kota Tinggi, Johor kepada Digital Edge Data Centers (Malaysia) Sdn Bhd pada harga RM346.53 juta.

Malaysia Kekal Jadi Tarikan Utama Pelabur Asing Dengan Aliran Masuk Bersih RM98.5 Juta

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Malaysia menjadi satu-satunya pasaran Asia yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lepas, berjumlah RM98.5 juta, daripada lapan negara yang dipantau oleh MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Alami Dagangan Secara Berhati-hati Ekoran Konflik Asia Barat

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia dijangka berada dalam julat kecil dan dilakukan secara berhati-hati oleh kalangan pelabur minggu depan, memandangkan bursa tempatan terus dikekang dalam jajaran 1,680 hingga 1,740 berikutan konflik Asia Barat yang berlarutan, kata pakar ekonomi.

Program AUM Agrobank Bantu Lebih Banyak Syarikat Tingkatkan Jualan

SUNGAI PETANI, 1 April ( Bernama) -- Usaha yang dilaksanakan Agrobank dalam membantu usahawan di negara ini mengembangkan perniagaan mereka membuahkan hasil apabila lebih banyak syarikat yang berjaya meningkatkan jualan masing-masing pada tahun lepas.

Keuntungan Bersih Vantris Energy Melonjak Kepada RM3.73 Bilion

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Keuntungan bersih Vantris Energy Bhd melonjak kepada RM3.73 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2026 (TK2026), berbanding RM189.53 juta pada TK2025.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Lonjakan Harga Minyak, Krisis Asia Barat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi sebahagian besar pasaran serantau ketika pelabur mengatur semula pendedahan risiko masing-masing di tengah-tengah lonjakan harga minyak susulan krisis Asia Barat yang kini masuk bulan kedua.

Akta Khusus BNPL Lindung Pengguna Terutama Generasi Muda Daripada Bebanan Hutang

​​​​​KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Penggubalan satu akta khusus berkaitan skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) adalah penting untuk melindungi pengguna terutama generasi muda daripada bebanan hutang yang tinggi.

Unit OCR Jual Tanah Di Shah Alam Pada Harga RM45 Juta

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung OCR Group Bhd, OCR Avenue Sdn Bhd (OASB) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Magna Ecocity Sdn Bhd dan Twinicon (M) Sdn Bhd.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Konflik Asia Barat Mereda

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen risiko global bertambah baik selepas Presiden AS Donald Trump memberi petunjuk bahawa konflik Asia Barat mereda.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan disebabkan pelabur terus memantau ketidakpastian dalam pergerakan harga minyak mentah.