15minit ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan penurunan di Wall Street berikutan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak di Asia Barat sehingga menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.
20jam ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Isnin, susulan aktiviti pembelian berterusan dalam beberapa kaunter perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama Mei, disokong oleh aliran masuk asing bersih yang berterusan dan diperkukuh oleh tinjauan positif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap prospek ekonomi Malaysia.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Aktiviti belian di saat-saat akhir memacu peningkatan indeks utama Bursa Malaysia yang mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, sekali gus mengatasi penyusutan awal ketika lonjakan harga minyak merangsang sentimen bagi kaunter saham berkaitan tenaga dan kimia.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) --Syarikat minyak dan gas nasional Malaysia, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menandatangani perjanjian muktamad dengan syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Jepun, ENEOS Xplora.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini, dengan aktiviti jualan dilihat di kaunter utiliti, perkhidmatan kewangan dan teknologi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila pelabur mengambil untung di kaunter berkaitan minyak selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan memutuskan untuk keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal pagi Rabu dengan lebih rendah, menjejaki prestasi serantau ketika sentimen pelabur terjejas susulan laporan tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu OPEC+.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, disokong jangkaan pendapatan yang stabil pada 2026 merentas sektor perbankan, utiliti, tenaga dan penjagaan kesihatan, di samping mudah tunai domestik yang kukuh serta persekitaran makroekonomi yang menyokong.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan Kempen Pandu Impianmu 2.0 yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM875,000.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam zon positif pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi, diterajui oleh Press Metal, Telekom Malaysia dan Petronas Chemicals.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Keterjaminan tenaga Malaysia akan terus dipacu oleh ekosistem berdaya tahan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, terutama penggiat perkhidmatan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kekal menjadi komponen penting dalam rantaian bekalan industri berkenaan.