Terdapat 164 berita berdasarkan kata kunci carian " senarai"

Urus Niaga Ringgit Rancak Terus Perkukuh Mata Wang Malaysia Pada Kedudukan Tinggi Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Urus niaga dalam denominasi ringgit Malaysia yang rancak akan terus mengukuhkan mata wang tempatan sebagai antara 20 mata wang utama dunia, kata seorang pegawai kanan syarikat pengurusan kekayaan.

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai daripada Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai, 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.

Kebimbangan Berkaitan Tarif AS Seret FBM KLCI Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Siti Noor Afera Abu and Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menongkah aliran meningkat pasaran serantau berikutan sentimen pelabur yang kekal berhati-hati susulan kebimbangan terkini terhadap tarif Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Lebih RM2.2 Juta Subsidi Masih Tersedia Di Bawah Inisiatif Insurans i-MULA 50 - LIAM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Lebih RM2.2 juta subsidi masih tersedia di bawah program Pek Permulaan i-MULA 50 bagi pembeli insurans kali pertama, kata Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Maybank IB Jangka BNM Turunkan OPR 25 Mata Asas

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan diadakan pada Rabu ini.

Optimisme Terhadap Perdagangan Serantau Dorong Ringgit Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen serantau yang lebih baik berikutan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Vietnam yang baharu, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis, mencatatkan kenaikan selepas ditutup rendah sebelumnya kerana peniaga bersikap berhati-hati dan mengurangkan pegangan dolar US menjelang 9 Julai, tarikh akhir penangguhan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Pelaburan Direalisasikan ECERDC Berjumlah RM6.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 billion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lima Firma VC Dipilih Di Bawah EMP, RMI Jelawang Capital - Khazanah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama anak syarikatnya, Jelawang Capital (Jelawang) hari ini mengumumkan pemilihan lima firma modal teroka (VC) pertama di bawah Program Pengurus Dana Baru Muncul (EMP) dan Inisiatif Pengurus Dana Serantau (RMI) Jelawang. 

SC Tambah 59 Nama Dalam Senarai Amaran Pelabur Bagi Suku Pertama

KUANTAN, 20 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menambah sebanyak 59 nama baharu ke dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras aktiviti penipuan pelaburan yang semakin berleluasa.

Kuka Robotics Sasar Pacu Automasi, Robotik Di Malaysia, Asia Tenggara

BATU KAWAN, 18 Jun (Bernama) -- Kuka Robot Automation (M) Sdn Bhd (Kuka Robotics Malaysia) memperkukuh komitmennya untuk memajukan automasi perindustrian dan inovasi robotik di Malaysia dan Asia Tenggara dengan pelancaran cawangan baharunya di Pulau Pinang di sini hari ini.