4jam ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Sejauh mana impak sesuatu krisis itu mungkin sukar difahami sehinggalah asakannya mengundang kesan mendalam sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding mata wang utama, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) selain ASEAN pada hari urus niaga terakhir minggu ini, dipacu oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen optimis namun berhati-hati susulan perkembangan di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- PRIVASIA Technology Bhd (PRIVASIA) bakal membangunkan daerah Bagan Datuk, Perak sebagai hab infrastruktur digital, berikutan pemeteraian perjanjian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM569 juta bagi projek pusat datanya.
2hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pada Jumaat, disokong oleh permintaan berterusan terhadap mata wang tempatan berikutan sentimen yang lebih baik dalam kalangan peniaga dan pelabur.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Arka Bhd bercadang untuk menjual 40 peratus kepentingan dalam syarikat sekutunya, Enfrasys Solutions Sdn Bhd (ESSB), kepada Joy Jewel Sdn Bhd (JJSB) pada harga tunai RM43 juta.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Hong Seng Consolidated Bhd (Hong Seng), AIMAX Capital Sdn Bhd memeterai perjanjian penyelesaian hutang berjumlah RM63.61 juta dengan empat peminjam.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu di sebalik sentimen berhati-hati, seiring kebanyakan pasaran serantau selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menangguhkan serangan yang dirancang ke atas infrastruktur Iran selama dua minggu.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) mengadakan mesyuarat permulaan bagi projek kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) semalam, susulan pemeteraian perjanjian borong 5G selama tiga tahun pada Februari 2026.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti langkah mempelbagaikan sumber input bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama serta memastikan keterjaminan bekalan negara dalam mendepani krisis tenaga global.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
5hari ago
Oleh Siti Raziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang bakal berlangsung akan menjadi platform utama untuk memacu kecerdasan buatan (AI) sebagai medan baharu inovasi, sekali gus menggerakkan fasa seterusnya peralihan tenaga Malaysia.