SumiSaujana Perluas Perniagaan Ke Indonesia, Teroka Pembangunan Fasiliti Asid Sulfurik Gas Basah
Daripada Zufazlin Baharuddin
JAKARTA,19 Dis (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) merancang untuk mengembangkan perniagaanya ke Indonesia selepas anak syarikat milik penuh SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama meneroka pembangunan kemudahan asid sulfurik gas basah (WSA) di unit penapisan PT Kilang Pertamina Internasional (KPI) di Indonesia.