Syarikat Bionexus 4tify Diunjur Capai Jualan Tahunan Biobahan RM84.2 Juta Tahun Depan
GEORGE TOWN, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat berstatus BioNexus, 4tify Sdn Bhd (4tify) diunjur mencapai jualan tahunan sebanyak US$20 juta (RM84.2 juta) bagi produk biobahannya bermula tahun depan menerusi pasaran tempatan dan antarabangsa.