English | Malay
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, pembekal utama berita dan maklumat di rantau ini, sedang mencari rakyat Malaysia yang layak untuk mengisi jawatan:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Kelayakan

Calon hendaklah seorang yang mempunyai kualiti kepimpinan yang terunggul, berintegriti tinggi, memiliki kemahiran perancangan, pengurusan organisasi dan pengurusan kewangan yang baik, bermotivasi tinggi, berinisiatif serta mengutamakan impak kejayaan. Berpengalaman mengurus pertubuhan bersaiz sederhana adalah satu kelebihan. Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan 10 tahun pengalaman pada tahap pengurusan tinggi, terutamanya dalam organisasi media.

Peranan / Tanggungjawab

Calon yang dipilih akan melapor kepada Lembaga Pengelola BERNAMA dan berkerjasama rapat dengan Ketua-Ketua Jabatan bagi memastikan matlamat pertubuhan tercapai. Calon bertanggungjawab terhadap pengurusan sumber secara berhemat dan menjana pertumbuhan pendapatan.

Jika anda memenuhi semua keperluan di atas, sila kemukakan permohonan bersama butiran dan resume mengenai pengalaman kerja, selain gaji sekarang dan gaji yang dipohon berserta gambar bersaiz pasport secara atas talian kepada:

Puan Sharifah Zaini Syed Zain
Pemangku Ketua Modal Insan
BERNAMA

Tarikh tutup: Sebelum 29 Mei 2020