KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
Kontrak bulan semerta November 2024 menokok 6.0 mata kepada 1,625.0, Disember 2024 meningkat kepada 7.5 mata kepada 1,629.0, Mac 2025 melonjak 8.0 mata kepada 1,618.0 dan Jun 2025 menambah 13.5 mata kepada 1,627.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 6,140 lot daripada 9,047 lot manakala minat terbuka susut kepada 39,594 kontrak kepada 45,982 kontrak berbanding sebelumnya.
Pada jam 5 petang, FBM KLCI meningkat 4.27 mata kepada 1,620.70 berbanding paras penutup 1,616.43 pada Isnin.
-- BERNAMA