AM

Hypergear Lancar Kempen 'Cerita Anda, Legasi Kami' Rai Ulang Tahun Ke-15

12/11/2024 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Setelah lebih 15 tahun menyediakan peralatan yang boleh dipercayai untuk pengembara di seluruh dunia, Hypergear melancarkan kempen ‘Cerita Anda, Legasi Kami’ bagi mengingati perjalanan dan kenangan yang dicipta bersama produk itu.

Pengurus Pemasaran Hypergear Irene Lee berkata sambutan ulang tahun ke-15 jenama berkenaan adalah bukti kepercayaan dan sokongan pelanggan terhadap mereka..

“Kempen ini menampilkan kisah-kisah pelanggan yang menggembara, mereka telah menjadi sebahagian daripada legasi Hypergear, memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengembara tanpa rasa takut.

“Kami berterima kasih atas setiap pengembaraan yang dikongsi bersama kami, dan berharap akan meneruskan kemajuan inovasi dan kebolehpercayaan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Irene berkata beg kalis air edisi khas dan diskaun hingga 50 peratus untuk produk terpilih ditawarkan bagi mengingati pencapaian 15 tahun Hypergear.

Sejak ditubuhkan pada 2009, Hypergear telah membuktikan komitmen mereka untuk menyediakan peralatan pengembara yang melebihi jangkaan, membantu pengembara menempuh setiap perjalanan dengan keyakinan dan ketahanan.

Didorong oleh pendekatan berwawasan, Hypergear menyediakan peralatan kalis air dan lasak yang tiada tandingan, direka khas untuk menghadapi cabaran paling sukar, memastikan barang-barang tetap selamat dan terpelihara semasa ekspedisi mencabar.

Peminat Hypergear boleh melihat tawaran ulang tahun istimewa di kedai rasmi, pengedar sah atau dalam talian di www.hypergear.com.my.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy