PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

20/11/2024 11:06 AM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.39 pagi, kontrak November 2024 dan Mac 2025 jatuh 0.5 mata masing-masing kepada 1,604.0 dan 1,598.0 manakala Disember 2024 naik 0.5 kepada 1,609.0 dan Jun 2025 menambah 2.5 mata kepada 1,608.5.  

Jumlah dagangan sebanyak 942 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,480 kontrak.

Sementara itu, petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 2.39 mata kepada 1,559.95 pada 9.44 pagi daripada 1,602.34 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy