AM

Bachok Jajahan Pertama Kelantan Dilanda Banjir, Sebuah PPS Dibuka

23/11/2024 12:17 AM

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seramai 30 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, setakat pukul 7 malam, Sungai Semerak di Pasir Puteh mencatatkan paras amaran dengan bacaan 2.6 meter.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy