PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

27/11/2024 07:36 PM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak semerta November 2024 susut 0.5 mata kepada 1,602.0, Disember 2024 merosot 2.0 mata kepada 1,605.0, Mac 2025 menurun 3.0 mata kepada 1,595.0 dan Jun 2025 menyusut 1.5 mata kepada 1,604.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 66,059 lot daripada 35,519 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menaik kepada 107,794 kontrak berbanding 70,290 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.10 mata kepada 1,604.25 berbanding 1,603.15 ketika ditutup pada Selasa.

 -- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy