DUNIA

5 Cedera Dalam Nahas Helikopter Tentera Laut Filipina

05/12/2024 07:14 PM

MANILA, 5 Dis (Bernama-Xinhua) -- Lima orang termasuk dua juruterbang, cedera selepas sebuah helikopter Tentera Laut Filipina terhempas pada Khamis di sebuah lapangan terbang di wilayah Cavite, selatan Manila, kata jurucakap tentera laut, menurut Xinhua.

Komander John Percie Alcos berkata helikopter AgustaWestland AW 109 terhempas pada pagi Khamis di lapangan terbang Sangley Point. Helikopter itu berlepas untuk menjalankan penerbangan pemeriksaan berfungsi selepas pemeriksaan penyelenggaraan.

Beliau berkata dua juruterbang dan tiga anak kapal di atas kapal mengalami luka kecil, lebam dan patah tulang kecil.

"Semua kakitangan di atas kapal, walaupun mengalami kecederaan ringan, sedar dan selamat dibawa ke hospital tentera untuk penilaian perubatan," kata Alcos.

Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kejadian, katanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina dalam kenyataan ringkas memaklumkan bahawa semua operasi pendaratan dan pelepasan di lapangan terbang itu telah digantung disebabkan sebuah pesawat tentera yang tergendala di landasan.

-- BERNAMA-XINHUA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy