SEOUL, 10 Dis (Bernama-Xinhua) -- Pendakwa raya Korea Selatan pada Isnin memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun susulan kontroversi pengisytiharan undang-undang tentera baru-baru ini, lapor Xinhua.
Pendakwa raya memohon waran tangkap itu atas tuduhan pemberontakan dan salah guna kuasa.
Menurut pendakwa raya, Kim disyaki bersubahat dengan Presiden Yoon Suk-yeol untuk mencetuskan kekacauan awam dan mensabotaj perlembagaan.
-- BERNAMA-XINHUA