PASARAN

BURSA MALAYSIA DIBUKA RENDAH

12/12/2024 10:56 AM

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street kerana sentimen kekal berhati-hati disebabkan jangkaan tinggi dan penilaian pasaran.

Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.39 mata kepada 1,598.81 daripada 1,603.20 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 1.37 mata lebih rendah kepada 1,601.83.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 225 berbanding 219 manakala 345 kaunter tidak berubah, 1,689 tidak diniagakan dan 39 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 458.76 juta unit bernilai RM207.88 juta

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones ditutup lebih rendah, Nasdaq mencatat satu lagi rekod tertinggi kerana ramai menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan kadar faedah disokong oleh angka Indeks Harga Pengguna (IHP) November yang menetapi jangkaan.

IHP AS pada November berada pada 2.7 peratus, lebih tinggi daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya, sebaliknya IHP dikekalkan pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut daripada 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi kekal tinggi.

“Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat lebih tinggi pada 4.275 peratus.

"Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) susut apabila peniaga menunggu maklumat lanjut daripada persidangan ekonomi China yang bermula semalam. Akibatnya, HSI merosot daripada paras tertinggi harian hampir 21,000 pada Selasa kepada kini berada di ambang 20,100," katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong berkata FBM KLCI meneruskan penurunannya, kembali kepada kira-kira 1,600 di tengah-tengah jualan berterusan oleh dana asing, beliau keliru dengan situasa jualan berterusan ini yang bermula pada Oktober menyebabkan Bursa Malaysia kekurangan mudah tunai.

"Kami menjangkakan paras 1,600 akan kekal sebagai sokongan psikologi yang kukuh buat masa ini, justeru indeks itu berkemungkinan berlegar dalam julat 1,600-1,610 hari ini," katanya.

Dalam kalangan waham wajaran tinggi, Maybank turun 2.0 sen kepada RM10.10, Public Bank merosot 1.0 sen kepada RM4.60, CIMB menguncup 2.0 sen kepada RM8.09, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare jatuh 10 sen masing-maisng kepada RM13.66 and RM7.06.

Bagi saham aktif, Zen Tech dan Matang berkurangan masing-masing kepada 0.5 sen dan 8.0 sen, TMK Chemical naik 25 sen kepada RM2.00, Datasonic menambah 1.0 sen kepada 44 sen manakala AIMFLEX tidak berubah pada 15 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 23.74 mata kepada 12,272.74, Indeks FBMT 100 menyusut 27.25 mata kepada 11,952.06, Indeks FBM 70 jatuh 21.78  mata kepada 18,401.23. Indeks FBM Emas Shariah menguncup 12.99 mata kepada 12,256.25 manakala Indeks FBM ACE merosot 1.17 mata kepada 5,292.08.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 74.24 mata kepada 19,078.42, Indeks Perladangan susut 13.48 mata kepada 7,627.71, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.16 mata kepada 173.84 manakala Indeks Tenaga meningkat 3.15 mata kepada 825.44.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy