SUBANG, 21 Dis (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk memberi keutamaan kepada Grid Tenaga ASEAN (APG) dan digitalisasi sebagai pengerusi ASEAN tahun hadapan sebagai antara usaha dalam meningkatkan perdagangan intra-ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata perbincangan mengenainya telah dilaksanakan bersama pemimpin utama beberapa negara.
“Saya telah berbincang dengan pemimpin Vietnam, Filipina, Singapura, Thailand dan Brunei, dan saya memberitahu keutamaan kita terutamanya adalah APG," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata APG yang turut melibatkan penyaluran tenaga alternatif dari Laos dan Thailand mendapat kesukaran pada peringkat permulaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kosnya akan berlipat kali ganda sekiranya tidak digunakan.
-- BERNAMA