PUTRAJAYA, 24 Dis (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana disyaki terlibat mencuri kabel di sebuah institut pengajian tinggi swasta di Kajang, Selangor pada 8 Dis.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 40-an itu, ditahan pada 10 malam pada Sabtu lepas di sekitar kawasan berkenaan.
“Polis merampas beberapa jenis kabel, peralatan memotong kabel serta sebuah kenderaan jenis Perodua Axia disyaki digunakan untuk kegiatan berkenaan,” katanya.
Norhizam berkata siasatan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan disahkan positif dadah.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA