KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.22 pagi, kontrak Disember 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,602.0, Januari 2025 menambah 4.5 mata kepada 1,606.0, Mac 2025 naik 3.5 mata kepada 1,588.5 dan Jun 2025 menokok 3.0 mata kepada 1,593.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,465 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 44,966 kontrak.
Setakat 9.39 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.17 mata kepada 1,608.16 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti sambutan Krismas.
-- BERNAMA