DUNIA

Prestasi China Dalam Pembangunan Berkualiti Tinggi 2023

27/12/2024 03:42 PM

BEIJING, 27 Dis (Bernama-CMG) -- China telah mencapai prestasi terbaik dalam pembangunan berkualiti tinggi sepanjang 2023.

Demikian dinyatakan jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS) berhubung dapatan yang tercatat dalam Tinjauan Ekonomi Kebangsaan kelima dalam satu sidang media anjuran Dewan Negara di sini pada Khamis.

Dimaklumkan bahawa pada 2023, jumlah keanggotaan yang bertugas dalam bidang penyelidikan dan pembangunan untuk perusahaan besar, berserta jumlah belanjawan yang terbabit masing-masing melambung 61.6 peratus dan 61.9 peratus berbanding 2018. 

Jumlah surat permohonan paten yang dikeluarkan daripada perusahaan besar mencatat 1.566 juta item, antaranya yang berkaitan dengan penciptaan mencecah 614,000 item, masing-masing meningkat 63.6 peratus dan 65.1 peratus berbanding 2018.

Sementara itu, China sudah mempunyai lebih 60 peratus syer pasaran global dalam bidang pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV) pada 2023, dan menyaksikan peningkatan pesat dalam pengeluaran produk hijau seperti bateri ion litium untuk kegunaan automotif, monocrystalline dan polycrystalline.

Menurut Pesuruhanjaya NBS Kang Yi, kemajuan yang dicapai China dalam usaha menambah baik hidup rakyat dan meningkatkan jaminan sosial juga mengujakan sepanjang 2023, terbukti dengan peningkatan 82.9 peratus jumlah syarikat perkhidmatan komuniti yang mencatat 876,000 dan bertambahnya 44.1 peratus jumlah perusahaan kebudayaan, sukan dan hiburan yang menokok  817,000.

-- BERNAMA-CMG

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy