DUNIA

40 Orang Diselamatkan Daripada Kebakaran Bangunan Di Bundang - Pihak Berkuasa

03/01/2025 10:57 PM

SEOUL, 3 Jan (Bernama-Yonhap) -- Kebakaran tercetus di sebuah bangunan kedai di Bundang, selatan Seoul, pada Jumaat dengan beberapa orang dilaporkan terperangkap di dalam premis itu, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik pihak berkuasa.

Kebakaran bermula 4.37 petang di sebuah bangunan lapan tingkat di Yatap-dong, daerah Bundang di bandar raya Seongnam. Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan mengerahkan kira-kira 80 jentera bomba dan peralatan lain, menurut pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 40 orang diselamatkan dari bangunan itu, manakala kira-kira 50 yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tambah mereka.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy