PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Sejajar Dengan Pasaran Tunai Minggu Depan

04/01/2025 10:30 AM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan pasaran tunai minggu depan, kata peniaga.

Katanya pelabur akan berhati-hati menjelang pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 20 Januari. 

Bagi minggu dagangan baru berakhir, kontrak Disember 2024 ditutup pada Selasa pada 1,641.5, bulan semasa baharu Januari 2025 naik 9.0 mata kepada 1,630.5, Februari 2025 sebanyak 1,635.0, Mac 2025 menambah 7.5 mata kepada 1,618.0 dan Jun 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,623.5. 

Jumlah dagangan merosot kepada 41,378 lot daripada 129,684 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,706 kontrak daripada 113,387 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, indeks utama meningkat 1.32 mata kepada 1,629.46 daripada 1,628.14 pada minggu sebelumnya. 

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy