Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad Zafri Ab Halim (empat, kanan) bergambar di hadapan tangki penyimpanan air pada perasmian dan penyerahan Projek Air Bersih Etiqa di Kampung Bukit Budu hari ini.
Lebih 1,000 penduduk di sini menarik nafas lega apabila menikmati bekalan air bersih menerusi projek itu.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kanak-kanak teruja mengambil air bersih dari tangki penyimpanan selepas perasmian dan penyerahan Projek Air Bersih Etiqa di Kampung Bukit Budu hari ini.
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Bukit Budu menarik nafas lega apabila menikmati bekalan air bersih menerusi projek itu.
Projek yang bermula sejak November 2024 menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Etiqa" dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) bertujuan meringankan beban penduduk setempat bagi mendapatkan bekalan air bersih secara berterusan sepanjang tahun.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
Etiqa Bina Lebih 20 Tangki Air Bersih Untuk Manfaat Penduduk