JENAYAH & MAHKAMAH

Himpunan Di Putrajaya: Polis Buka Kertas Siasatan 

06/01/2025 03:50 PM

PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) -- Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini. 

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata beberapa individu turut akan dipanggil bagi dirakam keterangan untuk membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Dianggarkan lebih 1,200 peserta hadir dan situasi terkawal serta tiada sebarang provokasi,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan  solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.

Hari ini, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan Titah Adendum Diraja yang akan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah, kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy