PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

06/01/2025 08:44 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai. 

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 turun 7.0 mata kepada 1,623.50, Februari 2025 susut 7.5 mata kepada 1,627.50, Mac 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,611.50 dan Jun 2025 jatuh 5.0 mata kepada 1,618.50.  

Jumlah dagangan menyusut kepada 4,721 lot daripada 5,715 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka turun kepada 41,435 kontrak daripada 42,706 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.99 mata atau 0.24 peratus kepada 1,625.47 daripada paras penutup 1,629.46 pada Jumaat minggu lepas. 

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy