KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan permintaan yang agak lemah selepas para peniaga kekal di luar pasaran menjelang data ekonomi Amerika Syarikat yang penting minggu ini, termasuk laporan senarai gaji bukan pertanian (NFP) pada Jumaat.
Kontrak bulan semerta Januari 2025 jatuh kepada US$2,644.40 setiap auns troy daripada US$2,667.80 yang disaksikan semasa Jumaat dan Februari 2025 merosot kepada US$2,655.50 berbanding US$2,678.90.
Mac 2025, April 2025 serta Jun 2025 meningkat pada US$2,664.30 setiap auns troy auns daripada US$2,687.30 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot berbanding 29 lot yang dicatatkan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 30 kontrak daripada 44 kontrak.
Berdasarkan penetapan petang London Bullion Market Association pada 3 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,646.80 setiap auns troy.
-- BERNAMA