KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Rabu berikutan penjualan berterusan di beberapa kaunter saham berwajaran tinggi dan bermodal kecil, susulan sentimen tidak menentu dalam pasaran serantau.
Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.26 mata atau 0.44 peratus kepada 1,622.53 daripada 1,629.79 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks itu dibuka 0.87 mata lebih rendah kepada 1,628.92 dan diniagakan antara 1,621.48 hingga 1,631.15 sepanjang sesi pagi.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 719 berbanding 284, manakala 451 kaunter tidak berubah, 916 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.23 bilion unit bernilai RM1.47 bilion.
Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata kekukuhan Indeks Perkhidmatan ISM Amerika Syarikat (AS) bagi sektor bukan pembuatan serta tawaran pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah mendorong penilaian semula yang tinggi ke atas keluk hasil AS.
Beliau berkata data itu memberi tekanan ke atas nota Perbendaharaan AS, mendorong hasil yang lebih tinggi dan mengukuhkan dolar.
“Faktor ini mungkin memberi kesan negatif kepada aset risiko Asia, terutama ketika sentimen negatif terhadap saham teknologi dan semikonduktor," katanya.
Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun dua sen kepada RM10.14, Public Bank dan CIMB masing-masing kurang satu sen kepada RM4.50 dan RM8.14, manakala Hong Leong Bank merosot empat sen kepada RM20.38.
Bagaimanapun, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM14.34, dan IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.21.
Bagi saham aktif, Swift Energy yang baru disenaraikan di Pasaran ACE melonjak 10 sen kepada 38 sen, dan Gamuda meningkat sembilan sen kepada RM5.29 namun, JCY, turun dua sen kepada 55 sen, manakala Velocity dan Vinvest masing-masing kekal pada 8.0 sen dan 7.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 66.52 mata kepada 12,480.32, Indeks FBM Emas Shariah merosot 78.85 mata kepada 12,475.04, dan Indeks FBMT 100 kurang 62.17 mata kepada 12,156.94.
Indeks FBM 70 merosot 125.16 mata kepada 18,818.35, manakala Indeks FBM ACE menguncup 66.16 mata kepada 5,399.81.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 33.84 mata kepada 7,574.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 1.67 mata kepada 173.52, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.33 mata kepada 19,010.36, dan Indeks Tenaga menguncup 5.57 mata kepada 853.15.
-- BERNAMA