JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Rania Qalesya

08/01/2025 06:18 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Ara Damansara, Petaling Jaya sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata remaja berkenaan, Puteri Rania Qalesya Ibrahim kali terakhir berada di Projek Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1 Ara Damansara pada 1.11 tengah hari.

Beliau berkata remaja itu berkulit hitam manis, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian 150 sentimeter.

“Orang ramai  yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Puteri Rania Qalesya diminta tampil ke balai polis berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Mohd Maliki Ariffin 013-8308485.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy