JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat Wanita Warga Asing Ditemukan Dengan Beberapa Kesan Tikaman

10/01/2025 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Mayat seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan kawasan hutan di Rawang, Selangor pada 2 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berkenaan pada 10.37 pagi sebelum mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Mayat ditemukan dengan berpakaian t-shirt berkolar warna hitam tertera perkataan ‘johny walker’ dan berseluar pendek berwarna hitam serta tiada dokumen pengenalan diri.

“Hasil pemeriksaan di tubuh mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada leher, dada dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang perkara itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Ikhwanizam Ismail di talian 019-6000468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262222.

-- BERNAMA

 

 

KEYWORDS
      
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy