KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) --Kemaraan beregu lelaki nombor dua negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke pentas pada Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 terhenti selepas tersingkir di pusingan separuh akhir di New Delhi malam ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi, beregu ranking kelima dunia itu terpaksa akur apabila tewas kepada juara Terbuka Malaysia 2025 dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 20-22, 19-21 dalam tempoh 41 minit.
Keputusan itu sekali gus gagal mengubat kekecewaan mereka pada edisi lepas yang turut terkandas di peringkat separuh akhir.
Kali terakhir Aaron-Wooi Yik ke pentas final kejohanan yang sama adalah pada edisi 2023.
Sementara itu, beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang menghuni ranking ketiga dunia, juga menerima nasib sama setelah dikejutkan dengan kekalahan straight set kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 17-21, 15-21 dalam tempoh 42 minit.
-- BERNAMA