Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu (kanan) menyampaikan surat tawaran kepada Zainudin Mat Salleh (tengah) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Gual Ipoh hari ini. Turut sama Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah (kiri). Seramai 104 orang penerima telah memperolehi surat tawaran penempatan bagi fasa pertama.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu (tiga, kanan) meninjau keadaan rumah pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Gual Ipoh hari ini.
Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan & Kesejahteraan Komuniti) KPKT, Suhaimi Ali (dua, kiri) dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Hilmi Abdullah (kiri).
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Antara 400 unit buah rumah kluster setingkat yang telah siap dibina ketika tinjauan pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) Gual Ipoh hari ini.
Seramai 104 orang penerima telah memperolehi surat tawaran penempatan bagi fasa pertama, manakala penyerahan surat tawaran bagi fasa seterusnya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
AM
KPKT Peruntuk Dana RM642 Juta Bina PPR Di Kelantan