AM

Situasi Banjir Di Tatau, Sarawak Tidak Berubah

27/01/2025 10:13 AM

KUCHING, 27 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di daerah Tatau, Sarawak pagi ini belum menunjukkan sebarang perubahan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven masih menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga. 

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan tiga kawasan di terdiri Kampung Dagang Tatau, Kampung Baru Tatau dan Wharf Pasar Baru adalah antara 14 lokasi yang mencatatkan trend peningkatan paras air. 

Sebanyak tujuh lokasi di daerah Sebauh dan empat di Kuching turut mencatatkan peningkatan paras air

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman webnya melaporkan enam stesen pemantauan di Sarawak mencatatkan paras air melebihi status bahaya setakat 9 pagi.

Enam stesen itu ialah dua di Bintulu dan masing-masing satu di Kapit, Miri, Sibu dan Limbang. 

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2386952