DUNIA

Video Promosi Gala TBC Ditayang Di Pusat Beli-belah Terbesar Amerika Utara

28/01/2025 01:11 PM

New York, 28 Jan (Bernama-CMG) -- Pusat beli-belah yang paling besar di Amerika Utara, iaitu “American Dream”, bekerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) untuk mempromosikan Gala Tahun Baharu China (TBC) pada Ahad waktu tempatan.

Video promosi Gala itu ditayangkan di pusat beli-belah tersebut diiringi tarian oleh kanak-kanak dan menarik tontonan ramai pengunjung.

Di samping itu, wakil CMG juga hadir pada sesi promosi berkenaan, memperkenalkan keistimewaan dan fokus Gala pada tahun ini, selain mengucapkan selamat TBC kepada penduduk tempatan.

Konsul Besar China ke New York Chen Li bersama-sama tetamu lain menyalakan lampu merah di dinding dan roda feris bernama “Dream Wheel” untuk menambah kemeriahan suasana sambutan perayaan TBC.

Ini tahun ketiga secara berturut-turut aktiviti mempromosi Gala TBC CMG diadakan di pusat beli-belah “American Dream”.

-- BERNAMA-CMG

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2387373