PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

04/02/2025 10:18 AM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.25 pagi, kontrak Februari 2025 merosot 2.0 mata kepada 1,551.50 dan Mac 2025 berkurangan 0.5 mata kepada 1,533.50.

Bagaimanapun, Jun 2025 naik 3.5 mata kepada 1,545.00 dan September 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,529.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,273 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,438 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 3.77 mata kepada 1,557.40 daripada 1,553.63 semalam selepas 44 minit dagangan.  

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2389033