KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak Februari 2025 naik 3.0 mata kepada 1,566.50 dan Mac 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,548.00.
Bagaimanapun, Jun 2025 susut 1.5 mata kepada 1,549.00 dan September 2025 tidak berubah pada 1,536.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2,290 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,871 kontrak.
Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI menokok 6.46 mata kepada 1,571.02 daripada 1,564.56 semalam selepas 43 minit dagangan.
-- BERNAMA