DUNIA

Permohonan Kebajikan Di Jepun Catat Rekod Tertinggi Dalam 10 Tahun

05/02/2025 05:25 PM

TOKYO, 5 Feb (Bernama-Xinhua) -- Jumlah permohonan kebajikan di Jepun mencecah 22,320 pada November 2024, meningkat 1.6 peratus berbanding bulan sama tahun sebelumnya dan mencatat angka tertinggi bagi bulan November dalam tempoh sedekad, menurut data Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan, lapor Xinhua.

Kementerian itu mengaitkan peningkatan permohonan dengan beberapa faktor, termasuk pertambahan isi rumah serta populasi yang semakin menua.

Setakat November 2024, jumlah keseluruhan isi rumah penerima kebajikan berjumlah 1,651,995, mencatat penurunan kecil 0.1 peratus berbanding bulan yang sama pada 2023.

Memandangkan Jepun terus berdepan inflasi berterusan dan kenaikan harga makanan, kementerian menggesa mereka yang mengalami kesulitan kewangan untuk mendapatkan bantuan di pejabat kerajaan tempatan.

-- BERNAMA-XINHUA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2389578