AM

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga, Sahabat Pengarah Program TV RTM Abdull Hadi

08/02/2025 10:31 PM

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan sahabat Pengarah Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM) Abdull Hadi Mohd Yusoff yang meninggal dunia malam ini.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah dalam menghadapi kehilangan itu.

“Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Saya menerima khabar dukacita daripada rakan-rakan di RTM bahawa Pengarah Program TV RTM Encik Abdull Hadi bin Mohd Yusoff telah kembali ke rahmatullah pada 7.21 malam tadi. 

“Sama-sama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2390726