PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Awal Dagangan

13/02/2025 10:51 AM

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis.

Pada 9.28 pagi ini, Februari 2025 dan Mac 2025 masing-masing naik 2.5 mata kepada 1,602.5 dan 1,583.0, Jun 2025 meningkat 3.5 mata kepada 1,588.0 dan September 2025 menokok 4.0 mata kepada 1,575.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,332 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,722 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 1.35 mata kepada 1,601.70 selepas 28 minit dagangan dijalankan pada pagi ini.  

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2391988